Thursday 27 August 2015

Wednesday 26 August 2015

THE FACES OF PSS SJS2


MAJLIS PENUTUP BULAN MEMBACA JULAI 2015

Majlis Penutup Bulan Membaca telah dijalankan pada 3 Ogos 2015 bersamaan hari Isnin semasa waktu perhimpunan pagi (9.55-10.25 pagi). Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Kurikulum 1, Encik Bahrudin Bin Abd Wahab.

Pada majlis ini, penyelaras PSS telah membuat kesimpulan secara ringkas sepanjang bulan membaca berlangsung dan mengucapkan setinggi perhargaan kepada pentadbiran,, guru-guru dan seluruh murid yang menjayakan program ini dengan baik. Kepada pemenang bagi setiap pertandingan yang dianjurkan, penyampaian hadiah sebagai galakan diberikan kepada murid.

Sepanjang Majlis Penutup Bulan Membaca berlangsung:







PELANCARAN BULAN MEMBACA JULAI 2015

PELANCARAN BULAN MEMBACA JULAI 2015 TELAH DIADAKAN PADA 1 JULAI 2015 BERSAMAAN HARI RABU PADA PUKUL 9.55-10.25 PAGI DI DEWAN ZAMRUD, SK (2) JALAN SELANGOR. PELANCARAN TELAH DIRASMIKAN OLEH PENOLONG KANAN KURIKULUM, ENCIK BAHRUDIN BIN ABD WAHAB.

 

GAMBAR-GAMBAR SEPANJANG PELANCARAN BERLANGSUNG:







BULAN MEMBACA JULAI 2015

AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG BULAN MEMBACA JULAI 2015

BICARA BUKU



KUIZ PENGETAHUAN AM




PERTANDINGAN MEWARNA



PERTANDINGAN TEKA SILANG KATA






Tuesday 25 August 2015

MISI DAN VISI


VISI PSS
Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi
MISI PSS
  •  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi
  •  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
  •  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
  •  Insan yang berinformasi
  •  Mencanai minda yang bestari
  •  Membentuk warga sekolah yang berkualiti


SEJARAH SK (2) JALAN SELANGOR



Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor, Petaling Jaya dimulakan pada 1 Januari 1971. Guru Besar pertama ialah Puan Chan Kooi Choon. Pada peringkat permulaan, guru besar dan guru-guru serta murid-murid terpaksa menumpang di beberapa buah sekolah di sekitar Petaling Jaya. Ini kerana bangunan yang tidak mencukupi. Di antara 1971 - 1973, tiga buah kelas telah menumpang di S(J)KT Vivekananda dan sebuah kelas di Sek Men Petaling. Pada tahun 1974 - 1976, empat buah kelas telah menumpang di SK Methodist dan dua buah kelas di Sek Keb Jalan (10), Petaling Jaya. Pada 20 September 1977 barulah semua kelas berkumpul di Sek Keb (2) Jalan Selangor, 4/48 Jalan Padang, Petaling Jaya.
        
Fizikal sekolah ini terus dibaiki untuk menampung keperluan murid yang semakin bertambah. Usaha ini dilakukan bersama dengan pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). pada tahun 1980, sebuah perpustakaan telah dibina. Pada 1984 keseluruhan infrastruktur Sek. Keb. (2) Jalan Selangor siap dibina.
     
Sek. Keb. (2) Jalan Selangor telah ditadbir oleh 17 orang guru besar sehingga kini, iaitu:


1.       Puan Chan Kooi Choon
2.       Puan Fatimah bt Hj. Md Noor
3.       Cik Ruth Suppiah
4.       Puan Hjh. Fatimah bt Hj. Mohd Nor
5.       Puan Zauyah bt Nontak
6.       Puan Hjh. Rohani
7.       Puan Hjh. Habsah
8.       Cik Suarni bt Ismail
9.       Puan Rohimah bt Embong
10.   Puan Arbayah bt Mohd Isa, PJK
11.   Puan Hjh. Zalina bt Hj. Zubir
12.   Puan Rohaida bt Hj. Ali
13.   Puan Hjh. Maimunah bt Shaikh Abdullah
14.   Puan Vigneswari a/p Visuvalingam
15.   Puan Guok Soon Leng
16.    Puan Zawiyah bt Ramli
17.  En. Mazlan b. Mohamad Mohsin